Powered By Blogger

Wednesday, 17 April 2013

melayu sudah mula bersatu

Syukur..ramai melayu sudah mula sedar.
Semoga semua sukses....melayu sudah mula bersatu

Tuesday, 16 April 2013

Aktivis Pendang Jr : TERKINI !! SENARAI CALON BN BAGI PRU13 (PERLIS) #PRU13 #GE13 #BNBagus

Aktivis Pendang Jr : TERKINI !! SENARAI CALON BN BAGI PRU13 (PERLIS) #PRU13 #GE13 #BNBagus
Tidak disenarai calon BN, Ibrahim Ali tetap tanding di Pasir Mas
HAZELEN LIANA KAMARUDIN
16 April 2013
Datuk Ibrahim Ali
Datuk Ibrahim Ali
KOTA BHARU - Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali mengumumkan akan bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Mas  sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Beliau juga akan bertanding kerusi Dun.

Bagaimanapun pilihannya itu akan diumumkan pada hari penamaan calon Sabtu ini.

“Terus terang saya berharap akan dipilih menjadi calon Barisan Nasional (BN). Tetapi saya tidak disenaraikan dan sebabnya tidak diketahui,” kata beliau kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, di sini, hari ini.

Ketibaan Ibrahim pada jam 4.20 petang itu  disambut oleh lebih 500 ahli Perkasa.

Menurutnya, walaupun tidak terpilih tetapi beliau langsung tidak berkecil hati dan menyeru kepada semua ahli Perkasa di seluruh negara supaya memberi sokongan kepada BN.

Beliau berkata, pilihannya untuk terus bertanding di Parlimen Pasir Mas bukan bererti beliau menentang BN tetapi atas dasar sebagai penyandang serta keinginan rakyat yang mahu beliau terus mempertahankan kerusi tersebut.

Sementara itu, ketika ditanya oleh pemberita simbol apakah yang akan digunakan oleh Ibrahim untuk PRU13 nanti, dengan berseloroh berkata, beliau mungkin memilih simbol katak puru.

“Saya akan pilih salah satu simbol yang akan diberikan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada penamaan calon nanti,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Ibrahim yang bertanding atas tiket Pas menewaskan calon BN, Datuk Rosdi Mahmad dengan majoriti 8,991 undi.

papahawkeyes support je memana yg membantu rakyat..hidup IBRAHIM HIdup MELAYU

Ibrahim Ali tak terpilih calon BN di Pasir Mas
2:24PM Apr 16 2013  
Presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Datuk Ibrahim Ali tidak terpilih sebagai calon BN untuk mempertahankan Parlimen Pasir Mas yang dimenanginya dalam pilihan raya umum lalu atas tiket PAS.

BN sebaliknya meletakkan Timbalan Ketua Bahagian Umno kawasan itu Che Johan Che Pa walaupun Ibrahim disebut-sebut bakal bertanding sebelum ini.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir sendiri secara terbuka berharap Ibrahim dipilih sebagai calon BN.

Beliau malah sanggup turun berkempen di Pasir Mas sekiranya langkah itu diambil.

Bagaimanapun, seorang lagi pemimpin PERKASA Zulkufli Noordin dengan tidak disangka-sangka dipilih sebagai calon BN di Shah Alam menentang penyandangnya Khalid Samad.

Sementara itu, veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah akan mempertahankan kerusi Parlimen Gua Musang dan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa pula di Ketereh.

Datuk Seri Dr Awang Adek Husin sekali lagi dicalonkan di Parlimen Bachok.
 
 
papahawkeyes...perati je dari jauh...jurus fuhhhhhhh 
sabar tok yim...lawan tetap lawan kalau dah ada ramai yg sokong..

 papahawkeyes..komen reramai.

 berani buat berani tanggung la bro..

 kalau salah ngaku je..kalau tak salah buat bodo je mung...

 ini hukum karma...perhhh the best sapa punya spender besar gedabak tuh...
 boleh buat demo cara cara memakain spender duk atas katil huhu



12 April 2013, Kuala Lumpur - Musteefa Ali atau lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Pa dikalangan penyokong PR hari ini tampil memberikan penjelasan kepada media mengakui beliau adalah lelaki dalam video yang tersebar semalam. Walau bagaimanapun, wanita berkenaan sebenarnya adalah isteri beliau.

Cikgu Pa dilihat kesal dengan permainan politik kotor ini, dan percaya perbuatan ini adalah hasil kerja orang 'dalam' PR sendiri . Beliau sedar ada di kalangan orang-orang PR tidak bersependapat dengan cadangan2 yang dikeluarkan beliau.

Cikgu Pa ditanya samada ahli keluarga beliau yang lain mengetahui beliau mempunyai seorang lagi isteri. Termenung sejenak, Cikgu Pa membalas ada perkara yang tak boleh dikongsi bersama media kerana terlalu sensitif.

Selain itu, beliau kesal dengan portal Malaysialkini melalui pengarangnya menulis artikel analisis yang seolah-olah hanya cuba mempertahankan PKR, Cikgu Pa merasakan artikel yang ditulis oleh penolong editor Malaysialkini itu seolah-olah mencarik carik maruah dirinya sebagai seorang pemimpin parti Islam terulung negara.

"Mereka lebih berminat untuk jaga kepentingan PKR berbanding kepentingan saya yang telah difitnah dan diperangkap " kata beliau kepada media hari ini

Cikgu Pa juga memaklumkan kesan dari penyebaran video itu telah menyebabkan emosi isteri isteri beliau terganggu, terutama yang terakam di dalam video berkenaan.

"Penganiayaan ini harus dihentikan dan saya harap mereka yang memfitnah dan mengaibkan saya dan isteri akan dibawa ke muka pengadilan" ujar beliau lagi.

Member member punya survey...ok tak beb

Yang lain semuanya aku setuju, tapi di bawah ini ada yang aku tak setuju & ada yang aku perincikan. Bawah ini juga ialah ANALISIS aku.

2) Batu: Dr Dominic Lau (Gerakan BN) - MENANG
- aku setuju.
- walaupun majoriti pengundi & penduduk di Parlimen Batu = Melayu, kemenangan akan beralih kpd Gerakan (BN) kerana kebiadapan Tian Chua (PKR) atas kes Lahad Datu. Pengundi Melayu akan lebih ramai mengundi BN & ditambah sebahagian peratusan undi Cina, namun kemenangan ini lebih kpd undian drp kaum majoriti Parlimen Batu. Tambahan pula kawasan ini pernah dimenangi beberapa kali oleh BN.


3) Wangsa Maju: Datuk Dr Mohd Shafei Abdullah (UMNO BN) - KALAH
- aku tak setuju -- BN MENANG
BN Menang di Wangsa Maju (sebab: kegagalan 2008 ada kaitan dgn boikot UMNO & Melayu pd 2008 di mana Melayu = majoriti & kerusi Wangsa Maju = Parlimen asal milik UMNO sblm diberi kpd MCA pd thn 2004)


10) Cheras: Teoh Chee Hooi (MCA BN) - 50/50 UTK MENANG, KALAH 60/40
- aku setuju yg BN KALAH sebab DAP kuat di sini dari dulu.
- nampaknya tiada peluang untuk hentikan Projek Gereja Terbesar yg dirancang & sedang disiapkan selagi ia kekal di bawah DAP - Teresa Kok.

11) Bandar Tun Razak: Tan Kok Eng (MCA BN) - MENANG
- aku setuju
- sebab Khalid Ibrahim calon PKR yg LEMAH, namun boikot oleh sesetengah ahli UMNO wujud kerana di sini majoriti = Melayu & wujud hasrat UMNO di sini untuk bertanding di kerusi majoriti Melayu ini tapi telah direbut MCA. Boikot ini tak dapat atasi keinginan untuk halau Khalid Ibrahim yg tak pernah berbuat apa2 untuk penduduk Parlimen Bandar Tun Razak.
- BN ada kemungkinan KALAH di Bandar Tun Razak sekiranya Khalid Ibrahim (PKR) tak diletak di sini tapi calon lain dr PAS atau PKR. Namun, 2013 ni BN akan MENANG kerana calon PKR dlm PRU13 ni terlalu lemah.


KEPUTUSAN DIRAMAL
=================
BN = Menang 8 kerusi
PR = Menang 5 kerusi

MCA BOIKOT PRU13?????? betul ke nih

Isnin, 15 April 2013

PANAS..!!! : MCA Mahu Boikot PRU13..??

PANAS..PANAS..... PANAS.!!!!!
BERITA YANG BARU KITA TERIMA, MENGIKUT MAKLUMAT KITA TERIMA DARIPADA SUMBER DALAMAN MCA(NAMA PEMBERI MAKLUMAT TERPAKSA DIRAHSIAKAN), BAKAL ADA KEJUTAN BESAR DALAM PRU13 KALI INI.
BN BAKAL MENGHADAPI MASALAH BESAR ANGKARA PERGESARAN ANTARA UMNO DAN MCA KIAN PARAH. MCA DIKATAKAN AKAN MENARIK DIRI DARI BERTANDING DALAM PRU13 KALI INI ANGKARA BEBERAPA PEMIMPIN UTAMA MCA DIKATAKAN TERLALU KECEWA DENGAN TINDAKAN UMNO YANG MERAMPAS KERUSI YANG SEPATUTNYA DITANDINGI MCA DENGAN SEWENANG-WENANGNYA.
MEREKA AKAN MENGAMBIL LANGKAH YANG SAMA DENGAN PRESIDEN PARTI MEREKA CHUA SOI LEK, IAITU MENARIK DIRI DARI BERTANDING DALAM PRU13.
MENGIKUT MAKLUMAT TERSEBUT KEBANYAAKAN CALON MCA DI JOHOR AKAN BERBUAT DEMIKIAN ANGKARA KECEWA AKIBAT BEBERAPA KERUSI MILIK MCA DI JOHOR TERPAKSA DISERAHKAN KEPADA UMNO.
WALAU BAGAIMANAPUN CHUA SOI LEK KINI BERTUNGKUS LUMUS, CUBA MEMUJUK MEREKA SUPAYA TIDAK MENARIK DIRI. KHABARNYA BERITA INI TELAH DIKETAHUI OLEH NAJIB, YG JUGA PRESIDEN UMNO.
NAJIB DIJANGKA AKAN MENANGGUHKAN SEKALI LAGI PENGUMUMAN CALON UMNO/BN YANG SEPATUTNYA DIUMUMKAN PADA HARI SELASA INI 16 APRIL 2013.
NAJIB DIJANGKA AKAN BERTEMU DENGAN SETIAP BAKAL CALON MCA TERLEBIH DAHULU BAGI MENENANGKAN MEREKA. TARIKH BARU PENGUMUMAN CALON BN MUNGKIN DIBUAT SEHARI SEBELUM PENAMAAN CALON IAITU 19 APRIL 2013.

Bagus Pasukan BN Kelantan Kalini...Gempur

1. PARLIMEN 019 TUMPAT

(Mansor Salleh – bekas ketua bahagian)

DUN Pengkalan Kubor (Noor Zahidi Bin Omar – ketua bahagian)

DUN Kelaboran (Wan Hanapi Wan Yaacob – naib ketua bahagian dan pernah menjadi calon 2008)

DUN Pasir Pekan (Nik Noriza Nik Salleh – ketua wanita bahagian dan ketua penerangan wanita negeri, muka baru)

DUN Wakaf Bharu ( Mohd Rosdi Abdul Aziz – pernah menjadi calon pada 2004 dan 2008)





2. PARLIMEN 020 PENGKALAN CHEPA

(Dali Hussin – ketua bahagian, ketua penerangan UMNO/BN Kelantan dan bekas ketua pemuga UMNO Kelantan.

DUN Kijang (Zaluzi Sulaiman – naib ketua umno bahagian, penyelaras BN Kijang dan muka baru)

DUN Cempaka (Wan Razman Wan Abdul Razak – pentadbir mukkim, timbalan penyelaras DUN Cempaka dan muka baru)

DUN Panchor (Che Rosli Hassan – Timbalan Ketua Bahagian, pernah bertanding 2004)



3. PARLIMEN 021 KOTA BHARU

(MOHAMAD Fatmi Che Salleh – ketua bahagian dan setiausaha politik PM)

DUN Tanjong Mas (Kanidy Omar – penyelaras DUN Tg. Mas dan muka baru)

DUN Kota Lama (Tan Ken Ten – setiausaha MCA Kelantan, pengerusi MCA Kota Bharu dan bertanding untuk kali kedua)

DUN Bunut Payung (Mohd Fakhrurazi Abdul Rahim – guru pendidikan Islam PPD Kota Bharu dan muka baru)



4. PARLIMEN P022 PASIR MAS

(Che Johan Che Pa – kali pertama bertanding, timbalan ketua bahagian dan muka baru)

DUN Tendong (Hanafi Mamat – ketua bahagian, bendahari UMNO negeri, pernah bertanding Parlimen)

DUN Pengkalan Pasir (Tuan Anuwa Tuan Mat – bekasa pegawai agama jajahan Pasir Mas dan merupakan muka baru)

DUN Chetok (Aimi Jusoh – muka baru)



5. P023 RANTAU PANJANG

( Ghazali Ismail – kali pertama bertanding dan muka baru, ketua penerangan UMNO bahagian)

DUN Meranti (Mohd Afandi Yusof – Ketua Pemuda bahagian, exco pemuda UMNO Malaysia, ketua penerangan pemuda UMNO negeri)

DUN Gual Periok (Shaari Mat Hussain – pernah bertanding tahun 2004 dan 2008, timbalan ketua umno bahagian)

DUN Bukit Tuku (Mohd Zain Ismail – bekas ketua umno bahagian, bendahari umno bahagian)



6. P024 KUBANG KERIAN

(Anuar Safian – ketua pemuda UMNO negeri, pernah bertanding di DUN Pasir Tumboh)

DUN Salor (Mohmad Nordin Awang – timbalan ketua umno bahagian dan bekas pengarah MSN Negeri dan muka baru)

DUN Pasir Tumboh(Mohd Shamsul Yusoff – ahli minda pondok dan muka baru)

DUN Demit (Wan Mohd Nazi Wan Hamat – penyelaras DUN dan muka baru)



7. P025 BACHOK

(Awang Adek Hussin – Ketua Bahagian, timbalan menteri kewangan)

DUN Tawang (Mohd Zain Yasim – muka baru, naib ketua bahagian)

DUN Perupok (Mohammad Zaidi Sidek – muka baru dan ketua pemuda bahagian)

DUN Jelawat (Ilias Husin – timbalan ketua bahagian dan pernah bertanding 2004 dan 2008)



8. P026 KETEREH

(ANNUAR MUSA – bekas menteri kabinet, pengerusi KADA, presiden The Red Warriors)

DUN Melor ( Mohd Othman Omar – muka baru, bekas guru besar dan ajk bahagaian)

DUN Kadok (Mohd Basri Awang – muka baru dan bekas pegawai MPKB)

DUN Kok Lanas (Md Alwi Che Ahmad – ketua pembangkan DUN Kelantan, bekas MP 2004, bekas setiausaha politik PM)



9. P027 TANAH MERAH

(IKMAL HISHAM ABDUL AZIZ – muka baru, ketua bahagian dan usahawan)

DUN Bukit Panau (Baharudin Yusof – timbalan ketua bahagian dan kali kedua bertanding)

DUN Gual Ipoh (Bakri @Mohd Bakri Mustapha – muka baru, bekas guru, naib ketua bahagian)

DUN Kemahang (Dayang Saniah Awang Hamid – muka baru, bekas guru, ketua wanita bahagian)



10. P028 PASIR PUTEH

(TUAN MUSTAFA TUAN MAT – ketua penerangan UMNO bahagian, pernah bertanding 2008 )

DUN Selising (Zulkfli Ali – muka baru)

DUN Limbongan (Mohd Rujhan Salleh – muka baru, timbalan ketua bahagian, bekas ketua pemuda UMNO negeri)

DUN Semerak (Zawawi Othman – muka baru, ketua bahagian,bekas guru)

DUN Gaal (Redzuan Stapha – muka baru dan penyelaras DUN)



11. P029 MACHANG

(AHMAD JAZLAN YAAKUB – ketua bahagian, bekas presiden KAFA dan Pengerusi MSN Negeri)

DUN Pulai Chondong (Halim @ Ab Halim Ismail – kakitangan kerajaan dan pernah bertanding 2004)

DUN Temangan (Azemi Mat Zin – muka baru, bekas guru)

DUN Kemuning (Eriandi Ismail – muka baru, ketua pemuda bahagian)



12. P030 JELI

( MUSTAPA MOHAMED – menteri cabinet, MP Jeli)

DUN Bukit Bunga ( Mohd Adhan Kecik – seorang peguam)

DUN Air Lanas ( Mustapa Mohamed)

DUN Kuala Balah (Abdul Aziz Derashid – seorang peguam)



13. P031 KUALA KRAI

(TUAN AZIZ TUAN MAT – ketua pemuda bahagian, pegawai kanan Kesedar)

DUN Mengkebang (Azizzudin Husin – ahli umno)

DUN Guchil (Nik Sapeia Nik Yusof – naib pengerusi BN Kelantan)

DUN Manek Urai (Che Jalal Muda – muka baru, naib ketua bahagian)

DUN Dabong (Ramzi Abd Rahman – ketua bahagian, pengerusi Kesedar)



14. P032 GUA MUSANG

(TENGKU RAZALEIGH TENGKU MOHD HAMZAH – ketua bahagian)

DUN Nengiri(Mat Yusof Abdul Ghani – penyandang)

DUN Paloh (Nozula Mat Diah)

DUN Galas Ab Aziz Yusof)

Keadilanpun Menyibuk Tepi kain BN...Protes Makin Hangat..

PRU 13: Bekas calon BN protes senarai Najib Razak

Oleh PapaHawkeyes

KUALA LUMPUR : Protes dalaman sebaik sahaja Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak mengisytihar senarai calon BN, hampir pasti berlaku sama ada secara terbuka atau senyap.

Ia berikutan cadangan Najib meletak ramai muka baru di kawasan BN tewas pada PRU 12, tidak disenangi pemimpin senior yang mahu menjadi calon.

Pada masa sama, pemimpin senior yang digugur mahu orang sendiri menggantikan kedudukannya, sebaliknya kerusi diberi kepada orang lain.

Mengikut sumber, beberapa kumpulan tertentu di beberapa negeri berbeza sudah menjalin perjanjian sulit untuk memenangkan calon Pakatan, sebagai protes senyap.

Mereka dikatakan berlakon menyokong BN tetapi mengajak penyokong memastikan calon BN kalah asalkan mereka tidak diketepi apabila Pakatan membentuk kerajaan.

Situasi itu, mengikut sumber, lebih buruk berbanding PRU 12 yang dianggap ‘kejadian undi protes paling buruk di Malaysia’ berikutan faktor ‘Khairy Jamaluddin’.

Protes terbuka seperti yang dilakukan 30 penyokong BN depan ibu pejabat Umno semalam berikutan tidak berpuas hati dengan calon payung terjun ke DUN Seri Setia, dijangka menjadi-jadi.

Bercakap kepada Keadilan Daily, Pengarah Biro Latihan KEADILAN, Mustafa Kamil Ayub berkata hasrat Najib meletak calon ‘katak’ dari Pakatan turut dibantah ahli akar umbi.

Katanya, campur tangan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam menentukan calon, juga tidak dapat dielak bagi menjaga kepentingannya sedangkan Najib punya hitungan sendiri.

Malah, Mahathir secara terbuka memberi isyarat kepada Najib supaya mengetepi calon BN untuk memberi laluan kepada Presiden Perkasa, Ibrahim Ali di Parlimen Pasir Mas.

“Tindakan letak calon tak popular dapat tentangan. Kehendak akar umbi dibalas sikap pucuk pimpinan Umno BN yang seolah-olah mahu menguasai semuanya.

“BN retak, Umno tikam sesama sendiri. Campur tangan pucuk pimpinan Umno BN berlaku kerana faktor calon dilihat sangat penting,” kata calon Parlimen KEADILAN Pasir Salak yang turut mendapati persaingan kerusi antara parti komponen BN juga, sengit.
SUNGAI DUA - Pengumuman senarai calon bagi kerusi Parlimen Tasek Gelugor dan tiga kerusi Dun di bawahnya semalam, ternyata menambah bahang kehangatan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini.

Penutupan beberapa bilik gerakan dan tindakan menurunkan bendera milik Barisan Nasional (BN) dikesan berlaku di beberapa kawasan di sini kerana petugas dikatakan tidak dapat menerima calon yang bakal bertanding.

Tinjauan di sekitar Sungai Dua khususnya di Taman Desa Murni mendapati hampir sebahagian besar bilik gerakan di situ ditutup sebaik saja nama calon untuk semua kerusi diketahui melalui Pengerusi Badan Perhubungan BN Negeri, Datuk Zainal Abidin Othman, pagi semalam.

Manakala deretan bendera Umno dan BN yang dipacak dan digantung di merata tempat yang bakal mewarnai kemeriahan PRU13 kali ini dikesan diturunkan dan disimpan kemas petugas sebagai tanda protes terhadap calon BN bagi parlimen ini.

Sebagaimana yang diketahui, calon untuk kerusi Parlimen Tasek Gelugor akan ditandingi oleh Shahbudin Yahaya; Dun Telok Air Tawar, Datuk Jahara Abdul Hamid; Dun Sungai Dua, Mohd Yusof Mohd Noor dan Dun Permatang Berangan, Omar Abdul Hamid.

Difahamkan petugas ahli wanita Umno bahagian dan cawangan bertindak demikian kerana tidak berpuas hati dengan calon yang diletakkan bukan pilihan mereka.

Mereka yang terdiri dari ahli Jaringan Rakyat (JR) dan petugas sukarela pelbagai pertubuhan lain juga enggan meneruskan kerja sukarela kerana pucuk pimpinan parti didakwa tidak mendengar suara mereka berkaitan pemilihan calon.

PROTES PROTES PROTES..BN Pulau Pinang kene buat sesuatu dgn cepat pls

SUNGAI DUA - Pengumuman senarai calon bagi kerusi Parlimen Tasek Gelugor dan tiga kerusi Dun di bawahnya semalam, ternyata menambah bahang kehangatan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini.

Penutupan beberapa bilik gerakan dan tindakan menurunkan bendera milik Barisan Nasional (BN) dikesan berlaku di beberapa kawasan di sini kerana petugas dikatakan tidak dapat menerima calon yang bakal bertanding.

Tinjauan di sekitar Sungai Dua khususnya di Taman Desa Murni mendapati hampir sebahagian besar bilik gerakan di situ ditutup sebaik saja nama calon untuk semua kerusi diketahui melalui Pengerusi Badan Perhubungan BN Negeri, Datuk Zainal Abidin Othman, pagi semalam.

Manakala deretan bendera Umno dan BN yang dipacak dan digantung di merata tempat yang bakal mewarnai kemeriahan PRU13 kali ini dikesan diturunkan dan disimpan kemas petugas sebagai tanda protes terhadap calon BN bagi parlimen ini.

Sebagaimana yang diketahui, calon untuk kerusi Parlimen Tasek Gelugor akan ditandingi oleh Shahbudin Yahaya; Dun Telok Air Tawar, Datuk Jahara Abdul Hamid; Dun Sungai Dua, Mohd Yusof Mohd Noor dan Dun Permatang Berangan, Omar Abdul Hamid.

Difahamkan petugas ahli wanita Umno bahagian dan cawangan bertindak demikian kerana tidak berpuas hati dengan calon yang diletakkan bukan pilihan mereka.

Mereka yang terdiri dari ahli Jaringan Rakyat (JR) dan petugas sukarela pelbagai pertubuhan lain juga enggan meneruskan kerja sukarela kerana pucuk pimpinan parti didakwa tidak mendengar suara mereka berkaitan pemilihan calon.

bn wangsamaju panas ker